Monday, February 16, 2009

Sizzling Tempura Chicken Fried Rice




Bahan

1 Mangkuk Nasi( untok 4 serving)
1 cawan mix veg
200 gm udang kecil di buang kulit
2 sudu makan Nampla(sos ikan Thai)
1 sudu makan dark soy sauce(untk warna)

Untok Tempura Chicken

300 gm Chicken Inner Fillet (potong memanjang)
1 pkt Tempura mix(Tepong tempura yg siap)
Sedikit lada putih

  1. Bancuh, tepung ikut aturan dgn air fridge(air sejuk mesti sejuk). Masukan lada putih.
  2. Panaskan minyak, dan celup fillet dlm adonan tempura dan di goring cara deep frying hingga kekuningan atau hingga masak, dan di tepikan dulu.

Grounded Spices untk Nasi Goreng

12 biji cili padi
1 sudu makan udang kering
1 batang serai (hiris halus)
5 ulas bawang putih

  1. Kisar semua bahan ini.

2 biji telor di kocok untok Hotplate

Caranya

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan garing, masukan udang kacau sebentar dan masukan nasi, mix veg, nampla, sedikit garam dan perasa dan juga kicap pekat, dan di balik kan hingga rata.(garam jgn terlalu banyak nampla sudah masin)
  2. Panaskan hotplate atas api, bila cukup panas, tuangkan sedikit minyak dan tuang telor yg di kocok tadi.
  3. Bila telor masak, hias dgn nasi goreng dan tempura tadi dan siap dihidangkan.

Friday, April 18, 2008

Nasi Goreng Kampung Asli

Bahan-Bahan:

Bahan A

1. 1 sudu besar garam
2. 7 biji bawang merah (bwg kecil)
3. 5 biji bawang putih
4. Segenggam ikan bilis
5. 7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas)

Bahan B

1. 5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai
2. 3 sudu besar minyak masak
3. Sayur kangkung (daun dan batang)dipotong 3cm
4. 5 helai daun kesum dihiris halus (kalau takde,takpe)
5. Bawang goreng (kalau takde, takpe)
6. 5 sudu besar air masak.
7. Limau nipis atau limau kecil(yg selalu makan ngan asam boi)


Cara:
1.Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat.Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.Jgn letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis & bwg yg melekat pada bahan2 tersebut, kira ok.
2.Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg tlh ditumbuk tadi hingga bwg jadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana je.
3.Bila dah naik bau, letak air sbyk 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yg tlg dipotong2 tadi (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk).Masak selama 1 minit lagi.
4.Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata.
Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 4 orang.
Taburkan bawang goreng dan daun kesum yang dihiris halus tadi.
Perahkan limau nipis/kecil secukup rasa ke atas nasi goreng yg telah siap.
Boleh makan dgn kicap kalau suka @ kalau kurang masin :)
Tambahan:
Cara2 memasak kena ikut betul-betul supaya nasi goreng kampung anda menjadi & sedap.